Posts

HBO Online Shop Kongsi Kebaikan Produk Al Shiha Herba.

Image
Minyak Al Shiha Herba Serai Wangi & Kayu Pine Olahan Al Shiha Herba telah dijual di Shopee: HBO Online Shop bermula pertengahan Oktober 2022.  Produk tradisional penyediaan & hasilan usahawan herba desa ini diedarkan oleh HBO (003096061-P) melalui kedai online Shopee: HBO Online Shop serta agen pilihan kebanyakannya di kawasan luar bandar yang akan dilantik mengikut keperluan selepas ini. Selain minyak herba,  produk Al Shiha Herba yang lain turut akan dikongsikan kebaikannya mengikut kesesuaian & keperluan semasa. Dijual pada harga RM 20.00 sebotol + Caj Kurier Semenanjung/Sabah & Sarawak  - 60 ml; Minyak Al Shiha Herba ini dikategorikan sebagai sangat berbaloi dimiliki oleh setiap isi rumah kerana kepelbagaian manfaatnya termasuklah ciri ketulenan bahan & olahan ramuannya beserta khasiat & kegunaannya. Boleh digunakan secara sapuan terus untuk sengal-sengal, lenguh-lenguh, gatal-gatal terkena gigitan serangga dsbnya, pening-pening ringan, kembung perut dll.  S

Puisi "Antara keengganan, daging korban dan alasan"

Image
Kredit gambar: En. Darul Hijaz, Kampung Bukit Pasir, Muar, Johor Darul Takzim. Kredit video: En. Zulkifli, Kampung Pelak, Pekan, Pahang Darul Makmur. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2022 M. Bersama kita berkorban seadanya mengikut kemampuan diri tanpa alasan. Puisi "Antara keengganan, daging korban dan alasan" Bapa mentua berpesan kepada isteriku, "Panggil suamimu bantu orang kampung urus korban...jangan lupa bawa parang sekali..." Berterus terang mungkin pilu didengari apabila kunyatakan; aku tidak mahu terlibat. Isteriku berlalu kecewa. Bapa mentuaku berlalu senyap. Aku terus bermain WhatsApp sambil menilai-nilai kemungkinan khilafku di hari raya. Kenapa aku tidak mahu terlibat? Tidak suka daging korban? Tidak suka bersilaturahmi? Tidak suka bau darah penyembelihan? Bukan...tapi mengapa? Sebenarnya tadi kulihat di Tik Tok; beberapa orang ditanduk lembu.  Pujangga Dimensi 10 Julai 2022, Kuala Selangor.  

Kedai Serbaneka Parit Yusuf Tawar Harga Terbaik, Murah & Jimat!

Image
  Terletak di tengah-tengah Pekan Parit Yusuf, Muar, sudah lebih kurang setahun kedai serbaneka Murah Jimat RM 2 ini beroperasi menambah kerancakan aktiviti ekonomi setempat. "Kami berusaha memberikan harga terbaik kepada pelanggan. Murah dan jimat!" Ringkas dan bersemangat, kata-kata Encik Zainudin Abu, pengusaha kedai serbaneka terbabit.  "Macam mana Bang, niaga sekarang? Maksud saya sambutan orang ramai dalam musim pandemik ni. Dengar-dengar Abang  ada buka sebuah lagi kedai serbaneka tak jauh dari sini juga kan?" tanya seorang rakan yang berkunjung ke kedainya. "Syukur, sambutannya baik. Bolehlah mengisi masa lapang dan jana pendapatan era berpencen ni seadanya. Dua-dua kedai serbaneka ni saya minta anak-anak tolong uruskan juga. Saya memantau secara keseluruhanlah. Dapat juga merapatkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan serta pupuk minat berniaga anak-anak," tambahnya lagi. Encik Zainudin baru sahaja bersara sebagai jurulatih maktab di Bahagian

Bot Penambang Warisan Sungai Muar.

Image
  Klasik dan mendamaikan. Pemandangan di sekitar  kawasan Jeti Bot Penambang Kundang Ulu, Tangkak. Di seberang sana adalah Jeti Liang Batu, Muar. Dua kampung dalam dua daerah berbeza dipisahkan oleh Sungai Muar yang bersejarah unik. Sungai Muar selain Sungai Pahang, Sungai Serting dan Sungai Jempol merupakan sebahagian sistem sungai yang meninggalkan jejak sejarah 'Sistem Jalan Penarikan' yang cukup terkenal seawal abad ke-13 lagi sebelum kisah Parameswara datang ke Melaka mendominasi arkib sejarah. Pelayar dan pedagang dari Selat Melaka pada era itu 'tembus berurusan merentas jalan pintas' ke Laut Cina Selatan tanpa perlu mengelilingi tanah semenanjung. Ada yang mengatakan selain sokongan perahu pengagih barang dagangan, kapal besar juga boleh sampai ke Jalan Penarikan, Ibarat jalan raya penting pada era terdahulu; namun Sistem Jalan Penarikan kini hanya tinggal sejarah selain sungai-sungai yang berkaitan semakin cetek mendepani arus peredaran zaman. Sungai masih '

Raya Bersederhana PKPB 2020; Kampung Ijok, Kuala Selangor.

Image
Berzaman, lemang tetap menjadi antara pilihan juadah berhari raya untuk keluarga dan pengunjung di Aidilfitri. Ketekunan dan kesabaran amat diperlukan. Bukan tugasan yang mudah untuk memasak lemang. Golongan anak-anak dan menantu yang berada di desa digalakkan membantu apa yang perlu. Bertahan panas; berkeringat kasar selama tiga hingga empat jam. Api juga perlu sentiasa dikawal sebaik mungkin. Batang buluh perlu sentiasa dibalik-balikkan posisinya untuk memastikan lemang masak sekata. Salam Lebaran 1441 H di era PKPB 2020,            Menyambut hari raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020 tidak bermakna perlu membiarkan kemeriahan atau keriangan berlalu begitu sahaja. Hari raya wajar diraikan dengan penuh kesyukuran seperti biasa tetapi secara bersederhana. Begitulah amalan yang dipraktikkan oleh kebanyakan penduduk di Kampung Ijok, Kuala Selangor pada kali ini.           Aktiviti memasak dimulakan se awal jam 3.00 petang, 30 Ramada