Kedai Serbaneka Parit Yusuf Tawar Harga Terbaik, Murah & Jimat!
Terletak di tengah-tengah Pekan Parit Yusuf, Muar, sudah lebih kurang setahun kedai serbaneka Murah Jimat RM 2 ini beroperasi menambah kerancakan aktiviti ekonomi setempat. "Kami berusaha memberikan harga terbaik kepada pelanggan. Murah dan jimat!" Ringkas dan bersemangat, kata-kata Encik Zainudin Abu, pengusaha kedai serbaneka terbabit. "Macam mana Bang, niaga sekarang? Maksud saya sambutan orang ramai dalam musim pandemik ni. Dengar-dengar Abang ada buka sebuah lagi kedai serbaneka tak jauh dari sini juga kan?" tanya seorang rakan yang berkunjung ke kedainya. "Syukur, sambutannya baik. Bolehlah mengisi masa lapang dan jana pendapatan era berpencen ni seadanya. Dua-dua kedai serbaneka ni saya minta anak-anak tolong uruskan juga. Saya memantau secara keseluruhanlah. Dapat juga merapatkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan serta pupuk minat berniaga anak-anak," tambahnya lagi. Encik Zainudin baru sahaja bersara sebagai jurulatih maktab di Bahagian...