Posts

Showing posts from October, 2016

Praktik Amalan Hijau. Suatu Ekspresi Penghargaan Nikmat Alam.

Image
Elemen Kehijauan Pembangunan Lestari            Kebelakangan ini perlaksanaan praktik amalan  hijau jelas boleh diperhatikan di mana-mana. Perlaksanaan dalam beberapa cabang pengurusan hijau yang tersendiri seiring mengejar pembangunan fizikal; berkait dengan apa yang telah divisikan terdahulu di aliran pembangunan serantau, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam, pembangunan etik serta falsafah ekologi/ekosistem dan banyak lagi termasuklah apa yang telah digaris dasarkan sebagai salah satu penanda aras kelangsungan 'bangsa maju' untuk beberapa visi seperti  tercatit harmoni dalam Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.            Secara asasnya ketamadunan sesuatu bangsa atau lingkungan komuniti itu sedikit sebanyak berkadar langsung dengan hemah toleransi terhadap alam. Dapat diperhatikan di negara-negara maju, alam sekitar sentiasa diberi antara keutamaan teratas di dalam pelan pembangunan dan lain-lain. La...