Kedai Serbaneka Parit Yusuf Tawar Harga Terbaik, Murah & Jimat!
Terletak di tengah-tengah Pekan Parit Yusuf, Muar, sudah lebih kurang setahun kedai serbaneka Murah Jimat RM 2 ini beroperasi menambah kerancakan aktiviti ekonomi setempat.
"Kami berusaha memberikan harga terbaik kepada pelanggan. Murah dan jimat!"
Ringkas dan bersemangat, kata-kata Encik Zainudin Abu, pengusaha kedai serbaneka terbabit.
"Macam mana Bang, niaga sekarang? Maksud saya sambutan orang ramai dalam musim pandemik ni. Dengar-dengar Abang ada buka sebuah lagi kedai serbaneka tak jauh dari sini juga kan?" tanya seorang rakan yang berkunjung ke kedainya.
"Syukur, sambutannya baik. Bolehlah mengisi masa lapang dan jana pendapatan era berpencen ni seadanya. Dua-dua kedai serbaneka ni saya minta anak-anak tolong uruskan juga. Saya memantau secara keseluruhanlah. Dapat juga merapatkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan serta pupuk minat berniaga anak-anak," tambahnya lagi.
Encik Zainudin baru sahaja bersara sebagai jurulatih maktab di Bahagian Tenikal PDRM, Bakri, Muar pada bulan september yang lalu. Sebelum itu beliau pernah bersama dengan Polis Gerakan Am selama 20 tahun. Mesra dan peramah serta mudah tersenyum membuatkan beliau disenangi oleh mereka di sekeliling.
Encik Zainudin dan anaknya di hadapan premis perniagaan: Kedai Serbaneka Murah Jimat RM 2, No 287, Pekan Baru, Parit Yusuf, 83610, Muar, Johor. Boleh menghubungi 019-669 0146 untuk bertanya lanjut mengenai barangan di sini.
Antara suasana dan susun atur ruangan dan barangan di dalam kedai yang bersih dan kemas. Kedai juga mematuhi Prosedur Operasi Standard. Pengimbas suhu, hand sanitizer dan Bar Kod Imbasan My Sejahtera turut disediakan.
"Kita juga ada tawarkan perkhidmatan poslaju, kedai gunting rambut, photostat dll lagi di kedai serbaneka satu lagi di Bangunan Koperasi Peladang, Parit Yusuf. Tak berapa jauh dari sini juga memberikan pilihan berbelanja untuk penduduk di sekitar kawasan ini..."
"Wah! Niaga masyuk ni, Bang! Sampai dua kedai?" tanya rakannya sambil tersenyum bergurau.
"Hahaha! Tak adalah. Yang ini baru dalam dua bulan dibuka. Macam saya cakap tadilah. Selain nak bersilaturahmi dengan penduduk setempat, dapat juga memupuk minat berniaga anak-anak," jawabnya mesra.
Kedai Serbaneka GMART. No 2, Bangunan Koperasi Peladang Parit Yusuf, Muar.
Perkhidmatan Poslaju,
Perkhidmatan gunting rambut terletak bersebelahan.
Sentiasa mesra melayani pelanggan.
Susun atur barangan di dalam kedai GMART. Antara produk istimewa di sini termasuklah kopi herba BrotoCafe yang terkenal dengan cegah-kawal diabetes sejak 2008 dengan harga RM 2 satu sachet versi papan. Herba kopi istimewa ini melalui R&D keberkesanan kawalan diabetes di salah sebuah universiti tempatan. Encik Zainudin mempunyai perincian maklumatnya.
"Abang nak minta saya tulis apa lagi? Saya bukan wartawan tapi minat menulis suka-suka ni. Sambil-sambil bersilaturahmi di media sosial, sambil-sambil berkongsi informasi perniagaan kawan-kawan, kan?" kata rakannya.
"Hehe! Ok dah tu dapat sebarkan info kedai serbaneka ni sikit-sikit. Selain tu, boleh juga uar-uarkan tentang buku cerita siri baru ni. Ada jual di Shopee. Dah dua kartun terjual dekat sini. Ramai yang minat baca sebab unik Ada yang tertanya-tanya siri berikutnya. Nanti minta anak tolong posingkan bukunya..."
"Ok, boleh juga, Bang..." jawab rakannya .
Selesai merakamkan gambar posing yang dimaksudkan, rakannya itu meminta diri meneruskan perjalanan ke bandar Muar lebih kurang 40 minit dari situ seterusnya menyeberang Sungai Muar ke Tanjung Agas untuk menyelesaikan urusan seterusnya di sana pula.
Buku Dia Melihat Roh Siri 1 turut dijual di Kedai Serbaneka Murah Jimat RM 2 dan Kedai Serbaneka GMART, Parit Yusuf, Muar.
Terus maju Kedai Serbaneka Murah Jimat RM 2 dan Kedai Serbaneka GMART Parit Yusuf, Muar!

















Comments
Post a Comment