Posts

Showing posts from 2020

Raya Bersederhana PKPB 2020; Kampung Ijok, Kuala Selangor.

Image
Berzaman, lemang tetap menjadi antara pilihan juadah berhari raya untuk keluarga dan pengunjung di Aidilfitri. Ketekunan dan kesabaran amat diperlukan. Bukan tugasan yang mudah untuk memasak lemang. Golongan anak-anak dan menantu yang berada di desa digalakkan membantu apa yang perlu. Bertahan panas; berkeringat kasar selama tiga hingga empat jam. Api juga perlu sentiasa dikawal sebaik mungkin. Batang buluh perlu sentiasa dibalik-balikkan posisinya untuk memastikan lemang masak sekata. Salam Lebaran 1441 H di era PKPB 2020,            Menyambut hari raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020 tidak bermakna perlu membiarkan kemeriahan atau keriangan berlalu begitu sahaja. Hari raya wajar diraikan dengan penuh kesyukuran seperti biasa tetapi secara bersederhana. Begitulah amalan yang dipraktikkan oleh kebanyakan penduduk di Kampung Ijok, Kuala Selangor pada kali ini.           Aktivit...