Diskaun Karya Patriotik Istimewa Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia!
Karya istimewa bertema patriotik dan sejarah; lukisan Dato' Onn Jaafar, Acrylic on Canvas 2002 ditawarkan untuk jualan pada pengumpul hasil seni individu, organisasi dan lain-lain pihak yang berminat dengan diskaun khas 25% sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 kali ini. Pelukisnya, Puan Mayee Adam salah seorang pelukis berpengalaman tanah air yang juga merupakan isteri kepada karyawan Apayee (Anak Alam) memberitahu tawaran diskaun khas 25% bersempena sambutan Hari Kebangsaan ini terpakai untuk beberapa karya terpilih yang lain juga di galeri beliau selain karya istimewa lukisan Dato' Onn Jaafar ini. "Kak Mai lukis semula guna rujukan keratan akhbar lama gambar Dato' Onn ni dengan basikalnya. Gambar landskap latar belakang pun memang gambar sebenar sebuah kawasan perkampungan. Masa tu memang Dato' Onn Jaafar ini, kita dengar kisahnya banyak masuk melawat kawasan dan ceruk kampung dengan basikal. Satu sikap yang w...