Hujung minggu di Desa Sawit Warisan.
Antara pemandangan waktu petang di sekitar kebun sawit. Sesekali meluangkan masa hujung minggu di persekitaran permai komuniti Desa Sawit pastinya pengalaman yang menarik dan tersendiri! Agak berbeza dengan rutinan kehidupan di pekan atau bandar besar akan tetapi suasana kemeriahan dalam komuniti tetap wujud. Komuniti di kelilingi landskap kehijauan yang menenang dan menyegarkan. Antara pemandangan dan kreativiti landskap di sekitar rumah penduduk komuniti Desa Sawit Warisan yang bakal menginjak ke 40 tahun usia penerokaan tidak berapa lama lagi. Aktiviti pasar tani dan peruncitan desa. Peniaga dari luar kawasan juga dialu-alukan berniaga dan memeriahkan keusahawanan kecil-kecilan di komuniti Desa Sawit ini. Ada juga yang pulang ke Desa Sawit di hujung minggu; terlibat dengan Majlis Perkahwinan. Band kebudayaan dan seni memeriahkan Majlis Perkahwinan. ...