RAYA AIDILFITRI 2016: WARISAN PERMAI GUGUSAN FELDA ADELA
Memasak ketupat tradisi dan lauk pauk hidangan raya antara persiapan di penghujung Ramadan Ketupat siap dimasak menjelang maghrib Penghujung Ramadan/Permulaan Syawal Salam Aidlfitri 1437 H pembaca budiman, Berkongsi sedikit cerita santai antara persiapan dan sambutan Aidilfitri di Desa Felda secara bersederhana oleh kebanyakan warga penerokanya termasuklah warga pewaris generasi pertama dan kedua (anak dan cucu peneroka Desa Felda asal) samada yang menetap di sini atau mengambil kesempatan beraya di Desa Felda sempena lebaran kali ini.. Tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk usia penempatan komuniti Desa Felda menginjak ke-40 tahun; direkodkan rata-rata peneroka asal berhijrah ke sini di penghujung tahun tahun 70-an. Sepanjang tempoh itu, telah banyak perubahan yang berlaku serta dapat diperhatikan daripada segi sosio-ekonomi setempat dan lain-lain. Felda Gugusan Adela Kota Tinggi, Johor ini yang terdiri daripada emp...