Posts

Showing posts from 2016

Praktik Amalan Hijau. Suatu Ekspresi Penghargaan Nikmat Alam.

Image
Elemen Kehijauan Pembangunan Lestari            Kebelakangan ini perlaksanaan praktik amalan  hijau jelas boleh diperhatikan di mana-mana. Perlaksanaan dalam beberapa cabang pengurusan hijau yang tersendiri seiring mengejar pembangunan fizikal; berkait dengan apa yang telah divisikan terdahulu di aliran pembangunan serantau, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam, pembangunan etik serta falsafah ekologi/ekosistem dan banyak lagi termasuklah apa yang telah digaris dasarkan sebagai salah satu penanda aras kelangsungan 'bangsa maju' untuk beberapa visi seperti  tercatit harmoni dalam Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.            Secara asasnya ketamadunan sesuatu bangsa atau lingkungan komuniti itu sedikit sebanyak berkadar langsung dengan hemah toleransi terhadap alam. Dapat diperhatikan di negara-negara maju, alam sekitar sentiasa diberi antara keutamaan teratas di dalam pelan pembangunan dan lain-lain. La...

Perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59; Kuala Lumpur Meriah dan Berketeladanan Harmoni!

Image
     Mengenepikan  fahaman dan ikutan politik masing-masing atas dasar patriotism, perarakan Hari Kebangsaan Malaysia ke-59, 31hb Ogos, 2016, Kuala Lumpur disambut meriah oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dengan laungan harmoni suara-suara berjiwa merdeka; menzahirkan semangat patriotik cintakan tanah air. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang saban tahun dijadikan lokasi nostalgia memperingati antara peristiwa terpenting dalam sejarah warisan tanah air,  terus meriah bermula awal pagi. Peserta-peserta perbarisan pakaian beragam dan lain-lain yang mewakili syarikat atau jabatan serta agensi masing-masing mula keluar rumah seawal pukul 5.00 pagi atau lebih awal daripada itu dan menyelesaikan penutup acara yang berakhir lebih kurang pukul 10.30 pagi. Laluan perarakan termasuklah Jalan Raja Laut dan berakhir di sekitar Sogo dan Bangunan MARA. Pengangkutan LRT menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengunjung ke perarakan Hari ...

MR HARUAN TEGAR!

Image
      "Abang keluar pergi mancing ruan sekejap. Ada orang dari Singapore order nak beli ruan hidup saiz sedang-sedang. Orang dah order nak beli jadi kena dapatkan juga. Orang berharap ni! Agaknya nak buat ubat," kata Romi sambil bersiap-siap.       "Ok bang. Hati-hati!" jawab isterinya ringkas. Walau ringkas tetapi positif berharap akan sentiasa ada hasil yang baik- baik di setiap langkah suaminya itu dalam usaha meraih rezeki halal.      Romi yang berkecimpung memancing secara separuh masa atau sebagai aktiviti bersifat hobi terutama di hari tidak bekerja itu kemudiannya dilihat menghidupkan enjin motorsikal dan terus menunggang menghala ke destinasi istimewa.      Sudah beberapa tahun juga sebenarnya Romi berkecimpung dalam aktiviti menerima tempahan membekalkan ikan haruan segar hidup  itu dan telah ada beberapa aktiviti atau kegiatan kecil berkesinambungan daripada usaha itu. Antaranya Romi juga mem...

RAYA AIDILFITRI 2016: WARISAN PERMAI GUGUSAN FELDA ADELA

Image
Memasak ketupat tradisi dan lauk pauk hidangan raya antara persiapan di penghujung Ramadan Ketupat siap dimasak menjelang maghrib Penghujung Ramadan/Permulaan Syawal Salam Aidlfitri 1437 H pembaca budiman,           Berkongsi sedikit cerita santai antara persiapan dan sambutan Aidilfitri di Desa Felda secara bersederhana oleh kebanyakan warga penerokanya termasuklah warga pewaris generasi pertama dan kedua (anak dan cucu peneroka Desa Felda asal) samada yang menetap di sini atau mengambil kesempatan beraya di Desa Felda sempena lebaran kali ini.. Tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk usia penempatan komuniti Desa Felda menginjak ke-40 tahun; direkodkan rata-rata peneroka asal berhijrah ke sini di penghujung tahun tahun 70-an. Sepanjang tempoh itu, telah banyak perubahan yang berlaku serta dapat diperhatikan daripada segi sosio-ekonomi setempat dan lain-lain. Felda Gugusan Adela Kota Tinggi, Johor ini yang terdiri daripada emp...