HBO Online Shop Kongsi Kebaikan Produk Al Shiha Herba.
Minyak Al Shiha Herba Serai Wangi & Kayu Pine Olahan Al Shiha Herba telah dijual di Shopee: HBO Online Shop bermula pertengahan Oktober 2022.
Produk tradisional penyediaan & hasilan usahawan herba desa ini diedarkan oleh HBO (003096061-P) melalui kedai online Shopee: HBO Online Shop serta agen pilihan kebanyakannya di kawasan luar bandar yang akan dilantik mengikut keperluan selepas ini.
Selain minyak herba, produk Al Shiha Herba yang lain turut akan dikongsikan kebaikannya mengikut kesesuaian & keperluan semasa.
Dijual pada harga RM 20.00 sebotol + Caj Kurier Semenanjung/Sabah & Sarawak - 60 ml; Minyak Al Shiha Herba ini dikategorikan sebagai sangat berbaloi dimiliki oleh setiap isi rumah kerana kepelbagaian manfaatnya termasuklah ciri ketulenan bahan & olahan ramuannya beserta khasiat & kegunaannya.
Boleh digunakan secara sapuan terus untuk sengal-sengal, lenguh-lenguh, gatal-gatal terkena gigitan serangga dsbnya, pening-pening ringan, kembung perut dll.
Selain itu minyak herba ini juga sesuai digunakan utk sapuan/ terapi golongan kanak-kanak & dewasa kerana kepijarannya "sederhana panas" selain bahan pemanasnya berasaskan tumbuhan.
Bagi yang ingin memanfaatkannya sebagai minyak urut, boleh dicampurkan dengan minyak kelapa atau minyak masak secukupnya. Sesuai untuk urutan terseliuh, salah urat, urut/sapuan terapi kecederaan ringan selepas bersukan/berkebun, urutan rutin dll.
Minyak Al Shiha Herba ini juga boleh dititiskan beberapa titik mengikut keperluan ke dalam pemanas air penyegar udara atau ke dalam periuk tanah untuk mendapatkan kesan kesegaran ruangan.
Boleh dapatkannya di Shopee: HBO Online Shop. Terima kasih.

Comments
Post a Comment