Posts

Showing posts from 2022

HBO Online Shop Kongsi Kebaikan Produk Al Shiha Herba.

Image
Minyak Al Shiha Herba Serai Wangi & Kayu Pine Olahan Al Shiha Herba telah dijual di Shopee: HBO Online Shop bermula pertengahan Oktober 2022.  Produk tradisional penyediaan & hasilan usahawan herba desa ini diedarkan oleh HBO (003096061-P) melalui kedai online Shopee: HBO Online Shop serta agen pilihan kebanyakannya di kawasan luar bandar yang akan dilantik mengikut keperluan selepas ini. Selain minyak herba,  produk Al Shiha Herba yang lain turut akan dikongsikan kebaikannya mengikut kesesuaian & keperluan semasa. Dijual pada harga RM 20.00 sebotol + Caj Kurier Semenanjung/Sabah & Sarawak  - 60 ml; Minyak Al Shiha Herba ini dikategorikan sebagai sangat berbaloi dimiliki oleh setiap isi rumah kerana kepelbagaian manfaatnya termasuklah ciri ketulenan bahan & olahan ramuannya beserta khasiat & kegunaannya. Boleh digunakan secara sapuan terus untuk sengal-sengal, lenguh-lenguh, gatal-gatal terkena gigitan serangga dsbnya, pening-pening ringan, kembung...

Puisi "Antara keengganan, daging korban dan alasan"

Image
Kredit gambar: En. Darul Hijaz, Kampung Bukit Pasir, Muar, Johor Darul Takzim. Kredit video: En. Zulkifli, Kampung Pelak, Pekan, Pahang Darul Makmur. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2022 M. Bersama kita berkorban seadanya mengikut kemampuan diri tanpa alasan. Puisi "Antara keengganan, daging korban dan alasan" Bapa mentua berpesan kepada isteriku, "Panggil suamimu bantu orang kampung urus korban...jangan lupa bawa parang sekali..." Berterus terang mungkin pilu didengari apabila kunyatakan; aku tidak mahu terlibat. Isteriku berlalu kecewa. Bapa mentuaku berlalu senyap. Aku terus bermain WhatsApp sambil menilai-nilai kemungkinan khilafku di hari raya. Kenapa aku tidak mahu terlibat? Tidak suka daging korban? Tidak suka bersilaturahmi? Tidak suka bau darah penyembelihan? Bukan...tapi mengapa? Sebenarnya tadi kulihat di Tik Tok; beberapa orang ditanduk lembu.  Pujangga Dimensi 10 Julai 2022, Kuala Selangor.