Posts

Showing posts from July, 2022

Puisi "Antara keengganan, daging korban dan alasan"

Image
Kredit gambar: En. Darul Hijaz, Kampung Bukit Pasir, Muar, Johor Darul Takzim. Kredit video: En. Zulkifli, Kampung Pelak, Pekan, Pahang Darul Makmur. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2022 M. Bersama kita berkorban seadanya mengikut kemampuan diri tanpa alasan. Puisi "Antara keengganan, daging korban dan alasan" Bapa mentua berpesan kepada isteriku, "Panggil suamimu bantu orang kampung urus korban...jangan lupa bawa parang sekali..." Berterus terang mungkin pilu didengari apabila kunyatakan; aku tidak mahu terlibat. Isteriku berlalu kecewa. Bapa mentuaku berlalu senyap. Aku terus bermain WhatsApp sambil menilai-nilai kemungkinan khilafku di hari raya. Kenapa aku tidak mahu terlibat? Tidak suka daging korban? Tidak suka bersilaturahmi? Tidak suka bau darah penyembelihan? Bukan...tapi mengapa? Sebenarnya tadi kulihat di Tik Tok; beberapa orang ditanduk lembu.  Pujangga Dimensi 10 Julai 2022, Kuala Selangor.