Posts

Showing posts from August, 2016

Perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59; Kuala Lumpur Meriah dan Berketeladanan Harmoni!

Image
     Mengenepikan  fahaman dan ikutan politik masing-masing atas dasar patriotism, perarakan Hari Kebangsaan Malaysia ke-59, 31hb Ogos, 2016, Kuala Lumpur disambut meriah oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dengan laungan harmoni suara-suara berjiwa merdeka; menzahirkan semangat patriotik cintakan tanah air. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang saban tahun dijadikan lokasi nostalgia memperingati antara peristiwa terpenting dalam sejarah warisan tanah air,  terus meriah bermula awal pagi. Peserta-peserta perbarisan pakaian beragam dan lain-lain yang mewakili syarikat atau jabatan serta agensi masing-masing mula keluar rumah seawal pukul 5.00 pagi atau lebih awal daripada itu dan menyelesaikan penutup acara yang berakhir lebih kurang pukul 10.30 pagi. Laluan perarakan termasuklah Jalan Raja Laut dan berakhir di sekitar Sogo dan Bangunan MARA. Pengangkutan LRT menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengunjung ke perarakan Hari ...

MR HARUAN TEGAR!

Image
      "Abang keluar pergi mancing ruan sekejap. Ada orang dari Singapore order nak beli ruan hidup saiz sedang-sedang. Orang dah order nak beli jadi kena dapatkan juga. Orang berharap ni! Agaknya nak buat ubat," kata Romi sambil bersiap-siap.       "Ok bang. Hati-hati!" jawab isterinya ringkas. Walau ringkas tetapi positif berharap akan sentiasa ada hasil yang baik- baik di setiap langkah suaminya itu dalam usaha meraih rezeki halal.      Romi yang berkecimpung memancing secara separuh masa atau sebagai aktiviti bersifat hobi terutama di hari tidak bekerja itu kemudiannya dilihat menghidupkan enjin motorsikal dan terus menunggang menghala ke destinasi istimewa.      Sudah beberapa tahun juga sebenarnya Romi berkecimpung dalam aktiviti menerima tempahan membekalkan ikan haruan segar hidup  itu dan telah ada beberapa aktiviti atau kegiatan kecil berkesinambungan daripada usaha itu. Antaranya Romi juga mem...